Mother Tongue : Malay Language
:: Activities ::

Lawatan ke Muzium Negara

Pada hari ini Selasa, 13 Mac 2007,
saya, kawan – kawan saya dan cikgu –cikgu saya pergi ke Muzium Negara. Kami semua ke sana dengan menaiki bas sekolah.

Di dalam Muzium Negara ini sangat sejuk. Saya melawat Muzium Negara kerana saya ingin belajar tentang sejarah Singapura. Saya di dalam kumpulan biru.

Saya pergi ke macam- macam galeri. Yang pertama saya pergi ke galeri Foto. Galeri ini menunjukkan gambar-gambar yang lama. Kemudian saya pergi ke galeri makanan. Di dalam galeri ini, saya boleh bau rempah- ratus dan saya boleh mendengar dan menonton video tentang makanan.

Selepas itu saya pergi ke galeri Fesyen. Galeri ini menunjukkan pakaian tradisional Melayu, Cina dan India. Kemudian saya pergi ke galeri Filem. Galeri ini menunjukkan cerita P. Ramlee. Saya menonton cerita hantu di galeri ini. Selepas itu, saya pergi ke galeri sejarah. Di galeri ini, saya belajar banyak tentang Singapura. Saya gembira kerana saya dapat belajar tentang sejarah Singapura.

Dihasilkan oleh Mifzal Syakir 2E

Melawat ke Taman Warisan Melayu

Pada hari ini, saya pergi ke Kampung Glam bersama kawan dan cikgu Melayu saya. Saya ke sana dengan menaiki bas sekolah. Saya ke sana untuk melukis corak batik dan belajar tentang sejarah Kampung Glam.

Cuaca di sana panas. Saya gemar melukis batik di kain. Selepas itu, saya pergi ke muzium yang terletak di Kampung Glam. Kami dibahagikan ke dalam kumpulan. Ada lima orang dalam kumpulan saya. Anggota kumpulan saya ialah Zul, Habib, Nikkil, Ali dan saya.Kami harus menyelesaikan kertas kerja yang telah disiapkan guru.Kami harus mengelilingi muzium untuk mendapatkan maklumat bagi kertas kerja kami.

Pada pukul dua belas, saya makan bersama kawan-kawan saya. Saya makan mi kechap, buah anggur, kuih ubi dan popiah kecil. Saya gembira kerana saya dapat melukis batik dan belajar tentang sejarah Kampung Glam.

Dihasilkan oleh Mifzal Syakir (2E)